ATDN memeterai memorandum persefahaman (MoU) perkongsian data dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Melalui kerjasama ini, rakyat tidak perlu lagi mengemukakan dokumen yang sama berulang kali apabila memohon perkhidmatan merentas agensi. Semua perkongsian data mematuhi Akta Perkongsian Data dan Dasar Perlindungan Data Peribadi.